fbpx

Syafiq korbankan sambutan Hari Raya Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIQ mahu memastikan dirinya cepat mempelajarai teknik-teknik terjunan baharu agar dapat membentuk keserasian bersama gandingannya, Tze Liang pada Sukan Asia Hangzhou.

PENERJUN negara, Muhammad Syafiq Puteh bertekad turun dalam keadaan sempurna pada Sukan Asia Hangzhou, China yang akan berlangsung September depan agar mampu mencabar pingat emas dalam temasya sukan berprestij itu.

Justeru, atlet dari Perak berusia 27 tahun itu mahu memastikan dirinya cepat mempelajari teknik-teknik terjunan baharu agar dapat membentuk keserasian bersama gandingannya, Ooi Tze Liang.

“Saya berusaha mendapatkan keserasian terbaik dengan Tze Liang dan daripada situ barulah kami akan cuba berikan yang terbaik dalam acara tiga meter (m) papan anjal seirama.

“Jadi, Kejohanan Dunia bulan depan adalah persediaan terbaik buat kami berdua menje­lang Sukan Asia pada September depan,” katanya.

Syafiq bukan nama asing lagi dalam dunia terjun tanah air kerana pernah meraih pingat perak pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 dalam acara 3m seirama bersama Gabril Gilbert Daim.

Kemampuan Tze Liang pula tidak perlu dipertikaikan kerana mempunyai pelbagai koleksi pingat, namun kali terakhir memenanginya di pentas Sukan Asia adalah perak dan gangsa sewaktu edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan.

Sehubungan itu, Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun bulan ini adalah pentas terbaik untuk menguji kemampuan Syafiq-Tze Liang sama ada mampu mencabar pingat emas di Sukan Asia Hangzhou nanti.

Bagi memastikan impiannya tercapai, Syafiq sanggup melupakan sambutan Hari Raya Aidiladha apabila masih berada di kem latihan di Qinghuandau, China sejak awal bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI