fbpx

Berhenti kurung haiwan peliharaan dalam sangkar kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran tular di Twitter

PETALING JAYA – Orang ramai meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap penjual yang mengurung haiwan peliharaan secara tidak berperikemanusiaan.

Menurut satu hantaran di laman Twitter, seorang wanita meluahkan rasa kecewa melihat kucing dan anjing di sebuah kedai dikurung dalam ruang yang terlalu sempit.

“Ini satu tindakan yang kejam. Tolong hentikan penjualan haiwan peliharaan dalam kurungan kecil. Saya harap Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) ambil tindakan yang sewajarnya terhadap penjual sebegini,” katanya dalam hantaran yang sama.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut bersimpati dengan nasib haiwan peliharaan tersebut.

“Sampai bila nak jual haiwan macam ini? Tak boleh ke kalau diharamkan sahaja kedai macam ini?,” kata Ayu.

“Saya pernah nampak kedai haiwan peliharaan yang jual kucing, tapi sangkarnya sangat sempit.

“Bukan itu sahaja, ada juga kucing berkurap yang bercampur sekali dalam satu sangkar. Kasihan!” Kata Fatin.

“Hampir semua kedai haiwan peliharaan macam ini,” kata seorang lagi pengguna.

“Kadang-kadang, kucing yang dikurung pun nampak kurus,” kata Daus.

Hantaran tersebut setakat ini telah menerima 1,002 tanda suka dan 22 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI