fbpx

Hip-hop bukan balada ‘kampung’ – Amanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHATIRAH AMANDA

PERNAH menyertai pentas Dewi Remaja 2020, namun sehingga kini, Shatirah Amanda masih perlu berusaha keras untuk dikenali khalayak.

Selepas Dewi Remaja, pucuk muda yang mesra disapa Aman itu cuba menempatkan namanya dalam industri dengan single pertama berjudul Gula-Gula bawah label Rocketfuel Records.

Tidak mahu membiarkan minatnya dalam bidang muzik yang diceburi sejak berusia enam tahun terus tenggelam, penyanyi itu cuba mempertaruhkan dua lagi karya seperti Bayangmu Di Hati Ku dan Bicara.

“Sebenarnya saya tidak selesa membawa ketiga-tiga single saya sebelum ini kerana bukan genre saya.

“Ramai komposer yang berasakan saya boleh bawa genre balada tetapi hati saya tidak arah itu.

“Kalau tiada hati dan jiwa, bagaimana mahu teruskan membawa lagu tersebut,” kata penyanyi berusia 23 tahun itu.

Genre

Percayakan minat mendalam, Amanda kini tampil dengan single baharu berjudul Langit Bukan Limit bergenre hip-hop yang dekat di hatinya.

Lebih selesa dengan lagu terbaharu, lirik Langit Bukan Limit juga diilhamkan sendiri dengan bantuan komposer Mas Dewangga.

AMANDA akan terus memperjuangkan genre hip-hop dan memperbanyakkan lagu yang menaikkan semangat. – SADDAM YUSOF

Bercerita mengenai tajuk lagu, Amanda mahu memberikan semangat buat semua untuk berfikiran lebih jauh seperti seluas langit.

“Susah sebenarnya untuk memilih tajuk dan saya melihat kepada perkara yang lebih ‘catchy’.

“Sejujurnya Langit Bukan Limit dipilih kerana bait tersebut ada dalam korus tetapi dalam masa sama saya mahu sampaikan sesuatu.

“Kepada semua orang, tidak kira wanita atau lelaki, jangan sempitkan minda. Kalau boleh, pemikiran terus sampai ke langit,” ujarnya lagi.

Keyakinan maksimum

Ditebak mengenai persediaan berdepan risiko mempertahankan genre hip-hop, Amanda yakin dapat mencuri tempat dalam hati peminat.

“Kalau mengenai sejauh mana dan persediaan untuk mempertahankan genre ini adalah 100 peratus yakin kerana Malaysia sekarang lebih baik yang mudah menerima perkara baharu.

“Kini sudah jarang kita dengar lagu di Malaysia bergenre balada ‘kampung’ sebab sekarang lebih kepada hip-hop.

“Orang sekarang sudah buka mata untuk melihat semua perkara baharu dan saya akan tetap dengan pendirian mempertahankan genre ini,” luahnya dengan penuh keyakinan.

Andai selepas namanya menjadi sebutan, Amanda tidak akan menghiraukan pendapat orang lain kerana tetap dengan pendirian untuk mempertahankan genrenya.

“Saya sebagai individu tidak boleh nafi apa yang netizen akan cakap mengenai orang.

“Kalau mereka rasa pendapat mereka bagus, kekalkan. Kalau suka rock atau balada kampung pun teruskan.

“Bagi saya, saya akan pertahankan apa yang saya ada kerana ini konsep saya tersendiri,” tuturnya menggulung bicara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI