fbpx

Belum terima laporan menteri kecoh di KLIA- Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke bercakap kepada pemberita ketika ditemui di KLIA Terminal 2, hari ini. Foto FAISOL MUSTAPA

SEPANG- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung insiden kekecohan dicetuskan seorang menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini semalam.

Susulan itu, Anthony Loke berkata, beliau percaya bahawa pihak berkuasa lapangan terbang akan membuat siasatan terperinci mengenai kekecohan yang berlaku.

“Saya belum dapat apa-apa laporan lanjut berkenaan insiden itu, saya rasa pihak berkuasa lapangan terbang akan membuat siasatan terperinci apa yang berlaku.

“Sudah tentu protokol keselamatan kena patuh, apapun kita serah kepada pihak berkuasa penerbangan untuk buat siasatan terperinci,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di KLIA Terminal 2, di sini tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa di KLIA bagi menyelamatkan seorang warga China yang ditahan masuk ke Malaysia.

Difahamkan, menteri itu yang mengetahui mengenai penahanan wanita warga China tersebut telah ke KLIA dan memasuki balai ketibaan tanpa memohon pas.

Terdahulu, Anthony Loke melancarkan laluan penerbangan baharu syarikat penerbangan tambang murah MyAirlines ke Bangkok, Thailand selain pelancaran ‘Student Programme’ yang menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus kepada pelajar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI