fbpx

Azeem ada peluang masuk RTG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH (kanan) tidak menolak kemungkinan penyenaraian Azeem di dalam program RTG yang juga mampu memberikannya inspirasi untuk lebih berjaya. - FB HANNAH YEOH

NAMA pelari terpantas negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi berpotensi tersenarai dalam Road To Gold (RTG) menuju ke Sukan Olimpik Paris 2024 sekiranya berjaya ‘memikat’ jawatankuasa program berkenaan.

Jika hoki dan pemain badminton perseorangan negara, Ng Tze Yong tersenarai dalam RTG, ia bermakna Azeem selaku pemegang rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan masa 10.09 saat (s) juga mempunyai peluang yang sama.

Ia berdasarkan hakikat bintang berusia 19 tahun itu cuma kekurangan 0.09s untuk layak secara merit bagi acara 100m iaitu 10s ke Kejohanan Dunia 2023 di Budapest, Hungary pada Ogos depan dan Olimpik Paris 2024.

Justeru, penyenaraian Azeem dalam RTG sebenarnya mampu membantu mencetuskan inspirasi terhadapnya untuk layak ke Olimpik Paris 2024 walaupun peluangnya meraih pingat emas temasya itu dilihat tidak realistik.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika ditemui baru-baru ini berkata, semua atlet Malaysia mempunyai peluang untuk berada dalam RTG termasuk Azeem.

“Semua atlet yang mempunyai tekad untuk menang, cemerlang dan bekerja keras untuk ini (program RTG) apabila mereka layak ke peringkat seterusnya. Saya pasti RTG ini bukan sahaja untuk Paris tetapi untuk dua kitaran.

“Kita akan pantau dari semasa ke semasa. Setakat ini tiga bulan sekali kita akan kaji untuk tengok ranking dan penasihat teknikal akan bagi nasihat kepada kita,” katanya.

Tidak mustahil Azeem mampu menunjukkan kualitinya dengan mencetak masa hebat dan mungkin memecahkan rekod kebangsaan apabila turun menghadapi Kejohanan Olahraga Asia di Thailand dari 12 hingga 16 Julai ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI