fbpx

Arif Aiman perlu tinggalkan Liga M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF AIMAN berada pada prestasi terbaik ketika ini dan perlu mempertimbangkan peluang sekiranya mendapat tawaran beraksi di luar negara.

PEMAIN sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dicadangkan untuk meninggalkan Liga Malaysia (Liga M) dan mengembangkan kariernya dengan mencuba pengalaman baharu di luar negara sekiranya mendapat tawaran yang boleh menjanjikan minit permainan yang cukup.

Pemerhati sukan yang juga bekas pengendali skuad muda Harimau Malaya, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, prestasi Arif kini seperti berada di kemuncak selepas mempamerkan sisi berbeza dalam corak permainannya.

Menurut Azraai, pemain berusia 21 tahun itu boleh mencuba nasib untuk berkelana ke liga di Asia Timur seperti di Korea Selatan atau Jepun yang dilihat lebih sesuai untuk meningkatkan lagi corak permainannya.

“Kita boleh lihat sejak beberapa perlawanan lepas kelibat Arif begitu ampuh dengan mempamerkan ketajaman selaku penyerang apabila meledak empat gol ke atas Papua New Guinea dan hatrik pada aksi bertemu Selangor FC.

“Cuma, tiga jaringan yang dilakukan ke atas Gergasi Merah dilihat lebih menarik kerana semua gol tersebut memiliki kualiti terutama jaringan kedua.

“Tidak keterlaluan untuk saya katakan dia kini berada di puncak prestasi dan sekiranya dia mendapat tawaran beraksi di kelab luar yang menjanjikan minit permainan, patut dia berhijrah untuk meningkatkan lagi kualiti yang ada.

“Jika dilihat secara realistik, liga di Korea Selatan atau Jepun lebih sesuai untuk dia mencipta nama sebelum fikir berhijrah lebih jauh seperti di Eropah,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sementara itu, Azraai turut memuji sistem profesional pasukan JDT yang dilihat banyak membantu Arif mempamerkan peningkatan luar biasa meskipun sudah bergelar Pemain Paling Bernilai (MVP) buat dua tahun berturut-turut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI