fbpx

Lelaki tua beristeri muda dicemuh bertahun-tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ben Hornsby dan isterinya Allison menerima cemuhan selama bertahun-tahun daripada orang ramai hanya kerana jarak umur mereka terlalu jauh. - Jam Press

MIAMI, Florida – Sepasang suami isteri yang dicemuh bertahun-tahun kerana jarak  umur mereka begitu  jauh berbeza kini mempunyai lima orang anak, lapor portal berita Metro UK semalam.  

Ben Hornsby, 71 dan isterinya Allison, 45, bertemu pada 1998 apabila Hornsby yang ketika itu berkerja di Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat (AS)  menghantar surat ke kedai pajak gadai tempat Allison bekerja.

Pasangan itu yang kini mempunyai lima anak, benar-benar saling mencintai tetapi menghadapi cemuhan selama bertahun-tahun sehinggakan Allison berkata: “Orang ramai telah salah menganggap bahawa saya anak perempuan Ben (Hornsby).”

“Guru-guru pula menganggap Ben ialah datuk kepada anak-anaknya,” kata Allison

Allison melahirkan anak kembar tiga iaitu Benjamin, Noah dan Ethan pada 2003 pada usia 26 tahun,  manakala Hornsby menjadi bapa buat kali pertama pada usia 52 tahun.

Tiga tahun kemudian, dia mempunyai sepasang anak kembar, Mia dan Jude yang kini berusia 16 tahun,  manakala semasa membesarkan anak-anak mereka, pasangan suami isteri dari negeri Florida itu menghadapi komen negatif daripada orang lain.

Allison juga sering menerima mesej daripada lelaki yang menawarkan untuk menjadi ‘sugar daddy’ dan berkata: “Kami telah menerima beberapa komen kesat menerusi laman Instagram kami. 

“Kami mendapat mesej yang tidak sesuai. Lelaki yang lebih tua menawarkan diri untuk menjadi ‘sugar daddy.’ Lelaki muda menawarkan saya untuk menjadi wanita simpanan. Jelas sekali ini menyinggung perasaan. Kami mempunyai perkahwinan yang sangat sihat,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI