fbpx

Messi nasihat Mbappe berhijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI memberi tips agak Mbappe memilih pasukan yang mempunyai projek bola sepak yang lebih baik berbanding PSG. - AFP

MIAMI – Penyerang antarabangsa Argentina, Lionel Messi memberi nasihat kepada bekas rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe untuk berhijrah bagi menyertai kelab idaman yang menawarkan projek lebih berkualiti.

Sebagai rekod, Messi telah rasmi ‘angkat kaki’ keluar daripada PSG dengan menyertai pasukan Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS), Inter Miami selepas enggan menyambung kontraknya yang berakhir musim lepas.

Situasi Mbappe pula hampir sama selepas memberitahu pengurusan tertinggi PSG mengenai hasrat untuk tidak melanjutkan kontrak bersama pasukan yang berakhir pada penghujung musim depan.

Situasi tersebut membuatkan pengurusan PSG agak panik sama ada mahu mengekalkan khidmat Mbappe dalam tempoh semusim lagi sebelum kehilangan khidmatnya secara percuma atau melepaskannya pada jendela perpindahan kali ini.

Difahamkan, Mbappe tidak mempunyai masalah untuk kekal selama semusim bersama kelab gergasi Ligue 1 itu bagi menghormati kontraknya sebelum berhijrah pada tahun depan.

Menurut Messi, pemain antarabangsa Perancis berusia 25 tahun itu perlu berhijrah ke La Liga dengan menyertai kelab gergasi seperti Barcelona atau Real Madrid untuk menyerlahkan lagi potensi selaku salah seorang pemain terbaik dunia.

“Saya senang berkawan dengan Mbappe dan saya beritahu dia bahawa dia perlu berhijrah ke kelab baharu. Jika ditanya, sudah pasti saya mahu dia bersama Barcelona tetapi jika dia memilih Real, itu adalah hak peribadinya.

“Apa yang pasti, saya rasa Mbappe layak untuk menerima projek bola sepak yang lebih baik (berbanding PSG),” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI