fbpx

210 motosikal masuk perangkap polis di Butterworth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penunggang motosikal yang ditahan di BORR, Bagan Ajam awal pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Kehadiran ratusan penunggang motosikal termasuk pelesit rempit menikmati malam hujung minggu di Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Bagan Ajam di sini kali ini membawa padah apabila mereka ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan awal pagi tadi.

Operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) itu bermula pukul 11.45 malam semalam hingga 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, dalam operasi tersebut, sebanyak 210 buah motosikal telah diperiksa.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut, 54 buah motosikal disita manakala sebanyak 290 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Kesemua penunggang motosikal tersebut berusia antara 18 sehingga 30-an dan operasi dijalankan selepas mereka didapati melepak serta berbuat bising di kawasan berkenaan.

“Selain itu, antara kesalahan lain yang dikesan adalah mengubahsuai motosikal selain tidak memiliki lesen yang sah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Radzi menegaskan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Sementara itu, sebanyak 74 saman turut dikeluarkan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD) kepada pemilik kenderaan dan motosikal dalam Op Sepadu (Op Samseng Jalanan) awal pagi tadi.

Dalam operasi tersebut, sebanyak tiga buah motosial disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI