fbpx

Kerani wanita rugi RM113,875 ditipu lelaki Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang kerani wanita berputih mata apabila wang simpanan dan pinjaman daripada ahli keluarga berjumlah RM113,875 lesap selepas dia terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, kejadian di Jerantut itu bermula pada 4 Mei lalu selepas mangsa yang berusia 37 tahun berkenalan dengan seorang lelaki yang kononnya warganegara Taiwan yang menetap di Malaysia di aplikasi Instagram.

“Suspek telah menawarkan satu aplikasi JPEX untuk mangsa menjana wang dalam matawang asing USD dengan cara memasukkan modal RM1,000 dan dalam masa 120 saat dijanjikan keuntungan sebanyak 10 peratus.

“Terpedaya dengan keuntungan yang lumayan mangsa telah membuat 11 kali transaksi ke enam akaun bank yang berlainan dalam tempoh dua minggu bermula 2 Jun lalu sehingga mengalami kerugian sebanyak RM113,875,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan.

Beliau memberitahu berdasarkan siasatan awal mendapati sumber kewangan mangsa adalah wang simpanan sendiri dan pinjaman daripada ahli keluarga.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI