fbpx

Elak permusuhan politik dalam Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Anwar Ibtrahim

SEREMBAN – Perbezaan politik sebagai senjata permusuhan perlu dihentikan sebaliknya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang terbentuk dalam Kerajaan Perpaduan perlu diterima kedua-dua pihak dengan hati terbuka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH berkata, gabungan baharu itu memerlukan masa untuk bersatu selain keikhlasan demi kebaikan bersama dalam memperjuangkan masalah rakyat.

“Gabungan baharu ini kena ambil masa sedikit, geram lama tidak boleh macam itu, kena memaafkan kena ada keikhlasan, bukan maafkan untuk benarkan orang merompak atau fitnah kita.

“Maafkan ini untuk kita bawa kebaikan itu seperti disebut dalam al-Quran. Ini rahmat, kasih sayang. Rahmat dan kasih sayang itu penting. Berunding dengan kita termasuklah soal kerusi (Pilihan Raya Negeri) kemudian buat keputusan,” katanya ketika berucap melancarkan Majlis Sentuhan Kasih Desa, Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ NS Fest di Dataran Nilai hari ini.

Perdana Menteri berkata, tidak dinafikan dalam gabungan baharu PH-BN ada perkara yang tidak dipersetujui, namun keputusan perlu dibuat.

“Dalam jemaah menteri pun ada yang tidak setuju dalam perbincangan. Tapi kita dah putuskan jadi rakan terus dan tawakkal pada Allah.

“Saya sebagai ketua kepada menteri-menteri perlu buat keputusan, barulah kuat jemaah (menteri). Jadi kita mahu supaya dengan semangat ni kita bawa keluar (dalam politik),” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI