SUHU politik negara sejak kebelakangan ini semakin memanas. Lihat sahaja komen-komen para pemimpin parti kita. Lantang bak halilintar. Semua mahu terkedepan mempertahankan prinsip masing-masing. Jika yang di atas mula kepanasan, golongan pengikut yang di bawah sudah memalu gendang. Mencapai takat didih. Kalau airnya terkena tangan silap-silap boleh melecur tahap kedua. Kulit ‘masak’, membengkak. Sampai timbul gelembung air lepuh. Memedihkan! Kini yang pasti Johor bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat. Ada cakap-cakap mengatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) bakal…














