fbpx

Penemuan kubur Wang Kelian: 4 warga Thailand dituduh seludup migran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat lelaki Thailand dituduh melakukan penyeludupan migran di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.- Foto IZLIZAN OTHMAN/KOSMO!

KANGAR – Empat lelaki Thailand yang diekstradisi ke Malaysia berkaitan kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur besar di Wang Kelian, dekat sini pada Mei 2015 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh Arun Kaeofainok, 30; Jehpa Lapi-E, 56; Somphon A-dam, 51, dan Amree Nesalaeh, 58, didakwa melakukan penyeludupan migran warga Myanmar di Wang Kelian antara Februari 2013 hingga Mac 2015.

Keempat-empat tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa dalam bahasa Thai di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.

Mengikut kertas pertuduhan, tiga tertuduh iaitu Arun, Jehpa dan Somphon dituduh menyeludup Mohd. Belal antara Ogos 2014 hingga Mac 2015.

Seorang lagi tertuduh, Amree didakwa menyeludup Zedul Islam antara Februari 2013 hingga April 2013, kira-kira pukul 5.30 pagi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka di Bukit Wang Burma, Wang Kelian di Kaki Bukit, Padang Besar.

Pendakwan dilakukan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda, atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI