fbpx

Saya ada jawapan tetapi Muhyiddin minta fikir lagi – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy (kanan) ketika hadir dalam pertemuan bersama Muhyiddin, Isnin lalu.

PETALING JAYA – “Saya ada jawapan, tetapi beliau (Tan Sri Muhyiddin Yassin) minta saya fikir lagi.”

Demikian respons Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung tawaran yang dikemukan Presiden Bersatu untuk menyertai parti itu.

Katanya, sebelum ini, beliau ditawarkan keahlian dalam Bersatu selain terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bagaimanapun, jawapan diberi Khairy yang tidak diperincikan lebih lanjut seolah memberi bayangan beliau menolak tawaran tersebut.

“Berhubung perjumpaan dengan beliau (Muhyiddin) pada Isnin lalu. Itu memang untuk politik kerana saya berhutang jawapan dengannya.

“Jadi, saya jumpa dengan beliau dan memberi pandangan saya dan beliau minta saya fikir lagilah. Saya pun setuju untuk fikir lagi dan minta beliau sedikit masa,” katanya pada sesi podcast ‘Keluar Sekejap’ hari ini.

Mengulas lanjut, jelasnya, beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyertai mana-mana parti politik selain mengambil bahagian dalam PRN memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) belum lagi dibubarkan.

“Bila pemimpin yang saya sanjungi minta saya fikir lagi, kita fikir lagilah. DUN pun belum lagi bubar, mungkin ada sedikit masa untuk apa-apa berlaku,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI