fbpx

Jutawan muda selar generasinya malas bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Luke Lintz (dua dari kiri) menubuhkan syarikat yang terlibat dalam perhubungan awam digital bersama dua adiknya. - Foto JamPress@lukelintz

OTTAWA, Kanada –  Seorang jutawan berumur  23 tahun membidas generasinya kerana  ‘segan bekerja’  dan gemar melayari media sosial dan menyatakan bahawa mana-mana anak muda yang ‘terasa’ dengan kata-katanya itu sebenarnya pemalas, lapor portal berita MailOnline semalam.

Luke Lintz dari Kanada yang sentiasa dahagakan kejayaan telah melancarkan syarikat perniagaan bersama dua adiknya, Jordan dan Jackson. Katanya, perniagaan mereka  kini bernilai lapan angka.

Lintz yang mempunyai 1.1 juta pengikut di laman Instagram berkata, dia terpaksa mengatasi cabaran peribadi untuk berjaya  termasuk penceraian ibu bapanya, didikan yang sukar dan gagap semasa kanak-kanak.

Dia percaya bahawa lebih ramai Generasi Z boleh melakukan perkara serupa  jika mereka berhenti ‘bermain’ dengan media sosial.

“Terlalu ramai orang muda membuat alasan sedangkan mereka boleh mencari  wang. Orang ramai boleh menyalahkan kelembapan ekonomi tetapi akhirnya anda akan mendapat kembali apa yang anda sumbangkan. 

“Anda perlu mengelilingi diri dengan orang-orang yang mempunyai dorongan untuk berjaya dan saya tidak dapat mencari orang seperti  itu kerana tinggal di kampung halaman yang kecil.

“Saya tahu saya benar-benar mengecewakan ibu bapa saya apabila memutuskan untuk meninggalkan kolej dan menguruskan syarikat saya sendiri.

“Pada mulanya, ayah saya sangat kecewa dan menghalau saya keluar dari rumah. Ini bermakna saya perlu mencipta kejayaan saya sendiri dari hari pertama.

“Bagaimanapun, semuanya berakhir dengan baik. Dia kemudian melabur dalam syarikat itu dan saya tahu dia bangga dengan saya sekarang. Saya tidak mengambil cuti selama tujuh tahun,” kata pemilik syarikat HighKey itu yang berasal dari Kanada tetapi kini menetap di Puerto Rico.

Ironinya, walaupun menyuruh anak muda memberhentikan mereka daripada menggunakan media sosial, dia sebenarnya mengaut kekayaannya menerusi pengiklanan di laman  Instagram. 

Dia bermula dengan membuat iklan untuk menjual produk fizikal dan kemudiannya berpindah dengan melakukan promosi digital dan khidmat perhubungan awam. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI