fbpx

Mahu hidup mewah punca ramai anak muda terjerat scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamal Affandi menyampaikan ceramah sempena Jelajah MyPesara Kumpulan Wang Persaraan Inc Kedah 2024 di sebuah hotel di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Keinginan untuk mengecapi gaya hidup mewah menjadi salah satu penyebab golongan muda termasuk generasi Z menjadi mangsa penipuan dalam talian.

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, keghairahan golongan itu bersaing untuk mengukuhkan status masing-masing dalam kalangan rakan sebaya mendorong mereka membuat keputusan tidak bijak termasuk terjebak skim pelaburan haram.

“Mengikut statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sebanyak 26.2 peratus mangsa penipuan online berumur 20 dan 30 tahun dari 2019 hingga 2021.

“Orang tua mungkin terjebak dengan penipuan yang mengeksploitasi sifat belas kasihan mereka, sebaliknya golongan muda tunduk kepada godaan gaya hidup.

“Mereka tidak mahu ketinggalan dengan rakan-rakan dan seterusnya tunduk kepada tekanan rakan sebaya. Mereka terjebak kerana ingin mengecapi kemewahan segera,” katanya selepas menyampaikan ceramah sempena Jelajah MyPesara Kumpulan Wang Persaraan Inc (KWAP) Kedah 2024 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, perkembangan teknologi seperti media sosial banyak mempengaruhi keinginan generasi tersebut dalam membuat keputusan tergesa-gesa untuk mendapat kemewahan yang diidam-idamkan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI