fbpx

Ibu bapa terlampau tegas punca anak obes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sikap ibu bapa memberi impak kepada pertambahan berat badan berlebihan anak-anak. - Shutterstock

LONDON – Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa ibu bapa yang bersikap lebih tegas berkemungkinan besar akan mempunyai anak dengan berat badan berlebihan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Saintis mendapati kanak-kanak yang ibu bapanya sangat tegas secara purata adalah 1.5 kilogram (kg) lebih berat berbanding mereka yang ibu bapanya tegas tetapi mesra.

Mereka mencadangkan kanak-kanak yang tidak mendapat kasih sayang mencukupi daripada keluarga mereka mungkin beralih kepada makanan untuk mengisi kekosongan jiwa.

Penyelidik menganalisis data yang melibatkan lebih daripada 10,000 kanak-kanak di Britain yang diambil selama dua dekad.

Gaya keibubapaan terbahagi kepada empat kategori berdasarkan soal selidik yang telah diisi oleh ibu bapa dan anak-anak dalam kajian pertama seumpamanya.

Kategori itu adalah berwibawa (ibu bapa yang mengekalkan sempadan yang jelas tetapi penyayang), autoritarian (ibu bapa yang mengekalkan disiplin yang ketat dan menunjukkan sedikit kemesraan), permisif (ibu bapa berempati tetapi mempunyai sedikit peraturan) dan cuai atau tidak terlibat (ibu bapa yang tidak terlibat secara emosi dan mempunyai beberapa peraturan).

Mereka mendapati kanak-kanak yang mengalami gaya keibubapaan autoritarian atau mengabaikan sehingga umur tujuh tahun lebih berkemungkinan memiliki lebihan berat badan sehingga 1.5kg berbanding mereka yang dibesarkan oleh keluarga penyayang.

Hasil keputusan itu dilihat pada semua peringkat umur, demikian menurut penemuan yang dibentangkan di Kongres Antarabangsa mengenai Obesiti di Melbourne.

Pengarang kajian, Alexa Segal dari Imperial College Business School, London mengatakan bahawa kekurangan kemesraan ibu bapa autoritarian mungkin bermakna keupayaan kanak-kanak untuk mengawal sendiri pengambilan makanan mereka tidak berkembang dengan baik.

Lebih daripada satu perempat kanak-kanak mengalami berat badan berlebihan atau obes apabila mereka memulakan sekolah rendah, meningkat kepada empat daripada sepuluh apabila melangkah ke sekolah menengah.

Ibu dengan sikap autoritarian dicirikan sebagai seseorang yang meletakkan had tertentu pada anak-anak dan kuat mengawal serta mempunyai sifat kemesraan dan responsif yang rendah.

“Ini akan menyebabkan mereka tidak bertindak balas terhadap isyarat lapar anak sebagai contoh, tidak membenarkan mereka memilih makanan ringan apabila lapar atau mengetatkan kawalan ke atas pengambilan makanan kanak-kanak,” jelas Segal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI