fbpx

[VIDEO] Bersenam hari-hari, rahsia ‘awet muda’ Aaron Kwok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bakal menginjak usia 60 tahun lagi dua tahun, Aaron Kwok mengakui mengamalkan senaman hari-hari agar tidak dimamah usia. - SADDAM YUSOFF.

KUALA LUMPUR – “Saya bersenam hari-hari.”

Demikian pengakuan penyanyi dan pelakon Hong Kong popular Aaron Kwok, apabila ditanya tentang rahsia awet mudanya biarpun usia bakal mencecah 60 tahun lagi dua tahun.

Kata pemilik nama sebenar, Aaron Kwok Fu-shing itu, adalah penting bagi seorang anak seni yang berkecimpung dalam dunia nyanyian dan lakonan sepertinya untuk menjalani gaya hidup sihat demi kelangsungan karier.

“Tidak kisahlah sama ada saya pelakon atau penyanyi, saya akan pastikan saya bersenam setiap hari.

“Selain untuk tujuan stamina menyanyi, saya bersenam untuk kekalkan stamina di lokasi penggambaran.

“Saya banyak lakukan senaman kardio dan larian. Memang sudah menjadi rutin wajib saya setiap hari. Senaman memang penting untuk stamina yang bagus,” katanya kepada Kosmo! Online pada satu sidang akhbar, sebentar tadi di sebuah hotel terkemuka ibu negara.

Aaron bakal mengadakan konsert Aaron Kwok Amazing Kode World Tour 2023 di Genting Highlands 23 Jun ini. – SADDAM YUSOFF.

Ditanya tentang kepentingan merendah diri untuk kekal relevan dalam kerjaya sebagai selebriti, Aaron yang cukup dikenali menerusi filem Cold War berkata, peminat adalah kunci kepada segala-galanya.

“Saya berada pada tahap sekarang adalah kerana sokongan tidak berbelah-bahagi peminat termasuk mereka yang berada di Malaysia.

“Apabila saya buat persembahan, peminat beri sokongan dan menyanyi bersama, itu adalah sumber kekuatan saya terus berkarya,” kata penyanyi lagi Para Para Sakura itu.

Sementara itu, dalam majlis sama, Aarondiberi perkhabaran bakal menerima Anugerah Pencapaian Filem Cemerlang daripada Malaysia International Film Festival (MIFFest).

Majlis anugerah tersebut akan berlangsung secara rasmi pada 29 Julai di Zepp, Kuala Lumpur.

Katanya, dia bersyukur dan berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan.

“Sebagai seorang pelakon, saya akan terus bekerja keras untuk menghasilkan kerja yang baik.

“Saya hargai semua pujian. Ini bermakna, apa yang saya lakukan sejak 20 tahun, adalah satu keputusan yang tepat,” ujarnya.

Aaron akan mengadakan konsert Aaron Kwok Amazing Kode World Tour 2023 selama tiga hari di Arena of Stars, Genting Highlands bermula 23 Jun ini. Tiket ketiga-tiga hari persembahan sudah habis terjual atau sold out.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI