fbpx
Mohd Norizwan (dua dari kanan) memegang dokumen perjanjian dengan Pengerusi KLIEC, Datuk Dr. Daud Darus (dua dari kiri) di Akademi Gabema di Kajang baru-baru ini.

Usaha sama Akademi Gabema, KLIEC tawar program profesional berkaitan blockchain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Kerjasama antara Akademi Gabema dan Kuala Lumpur International Education Consortium (KLIEC) yang menawarkan program berkaitan blockchain dan decentralized finance mengunjurkan kira-kira 1,000 pelajar baharu bakal mendaftar pada tahun pertama kursus tersebut ditawarkan.

Pengarah Urusan Akademi Gabema, Mohd. Norizwan Ali berkata, program Profesional Diploma in Blockchain and Decentralized Finance yang kini dibuka kepada umum untuk pengambilan kedua bakal menyaksikan ­penyertaan pelajar dari Asia Barat khususnya Dubai untuk mendaftar pada masa depan.

Menurut beliau, berdasarkan pangkalan data akademi, sebanyak 1.5 juta individu berminat untuk mempelajari bidang blockchain untuk me­ningkatkan kemahiran mereka ke tahap profesional memberi pe­luang berpotensi kepada pihaknya.

“Untuk pengambilan pelajar pada sesi pertama akhir Januari lalu, kami telah menerima 15 pelajar dan untuk sesi kali kedua ini dijangkakan seramai 50 orang yang bakal mendaftar.

“Program ini mengambil masa antara enam hingga 12 bulan dan pembelajaran tersebut akan dijadikan asas bagi mengukuhkan lagi pengalaman mereka dalam bidang keusahawanan dan juga perunding, menjadi tenaga pengajar, penganalisis serta pembangun dalam bidang blockchain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemeteraian kerjasama antara Akademi Gabema dengan KLIEC di sini baru-baru ini.

Selain itu, Mohd. Norizwan menjelaskan, pengenalan program ini adalah bertepatan dengan masanya kerana Malaysia sedang membangunkan infrastruktur blockchain dengan lebih maju.

“Kami mahu mengambil pe­luang ini untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang blockchain dan seterusnya me­lahirkan graduan profesional dalam bidang tersebut,” katanya.

Tambah beliau, program baharu yang melibatkan kos pengajian kurang daripada RM10,000 itu menawarkan pengajian profesional tentang kriptografi, kontrak pintar dan aset digital kripto.  -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN