fbpx
Mohamad (tengah) beramah-mesra dengan pempamer di Karnival Usahawan dan Jelajah Yakin DUN Bota di Dewan Dato' Ahmad Hambal, Bota Kanan di Parit hari ini.

Program Sinar Kuskop tawar pinjaman sehingga RM5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT – Pinjaman sehingga RM5 juta di bawah Program Sokongan Industri dan Perniagaan Rakyat (Sinar) boleh diberikan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas ekoran ketidaktentuan ekonomi global.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata, program Sinar yang dilancarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) melalui SME Corp Malaysia pada 7 Jun itu boleh dimanfaatkan oleh semua PMKS di negara ini.

Katanya, jumlah pinjaman yang boleh diberikan kepada usahawan-usahawan terbabit tertakluk kepada saiz perniagaan masing-masing.

“Mereka boleh mohon dana ini, secara pinjaman sehingga RM5 juta. Mana-mana perusahaaan yang besar dia boleh pinjam begitu banyak.

“Kemudian kita juga menyediakan dalam program Sinar ini adalah geran sehingga RM200,000 untuk membantu mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Karnival Usahawan dan Jelajah Yakin DUN Bota di Dewan Dato’ Ahmad Hambal, Bota Kanan di sini.

Mohamad berkata, matlamat paling penting program Sinar tersebut adalah membantu golongan PMKS di negara ini yang turut melibatkan ushawan belia dan wanita.

Pada masa sama, beliau berkata, pihak kementerian akan terus menjalin kerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri serta pemegang taruh berkaitan dalam usaha mereka memperkasakan program keusahawanan di bawah Kuskop.

Karnival Usahawan, Koperasi dan Jelajah Yakin DUN Bota julung kali diadakan bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan, memperkasa gerakan koperasi serta memperluas akses rakyat kepada pelbagai inisiatif dan bantuan kerajaan.

Program itu menyaksikan kehadiran kira-kira 1,500 pengunjung dan menghimpunkan pelbagai agensi di bawah Kuskop bersama agensi kerajaan negeri Perak selain golongan usahawan di bawah kementerian itu dan Sekretariat Usahawan Negeri Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN