fbpx

Astro catat hasil RM891 juta suku pertama tahun 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Astro meghiburkan rakyat di negara ini dengan pelbagai kandungan tempatan yang menarik. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) mencatat hasil sebanyak RM891 juta dalam suku tahun pertama tahun kewangan berakhir 2024 dengan segmen jalur lebar dan perusahaan menunjukkan peningkatan positif tahun ke tahun. 

Keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) naik sebanyak 36 peratus suku ke suku kepada RM248 juta untuk tempoh yang sama suku tahun ekoran kos kandungan sukan yang tinggi menerusi suku keempat tahun kewangan berakhir 2023. 

Kumpulan mencatat keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) ternornal pula adalah sebanyak RM62 juta disumbangkan oleh nilai tukaran wang asing tidak direalisasi yang tinggi kerana liabiliti pajakan transponder ketika nilai dolar Amerika Syarikat diperkukuhkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata, syarikat kini berani untuk mentransformasikannya kepada sebuah syarikat digital, penstriman.

“Sebanyak 25 peratus pelanggan kami kini menikmati pek-pek TV penstriman yang menawarkan 11 aplikasi penstriman premium selain daripada rancangan termasuk Astro Originals, signatures bersiaran langsung, sukan, filem, berita dan kanak-kanak. 

“Pek-pek TV baharu kami yang boleh digabungkan dengan perkhidmatan jalur lebar seperti Astro Fibre telah menyaksikan peningkatan berterusan yang mana para pelanggan boleh strim tanpa gangguan hiburan  on demand dan menikmati nilai hebat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Smith menerangkan, Astro Fibre mencapai tahun pertama yang hebat dengan memacu pangkalan jalur lebar yang tinggi dengan 28 peratus tahun ke tahun. 

Tambah beliau, memandangkan pasaran tontonan dikuasai kandungan tempatan, Astro merupakan pengeluar kandungan tempatan terbesar dengan kandungan-kandungan yang berjaya menempah kejayaan hebat seperti One Cent Thief, Projek: High Council dan Liar serta signature tempatan seperti musim kesembilan Gegar Vaganza dan Big Stage. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI