fbpx

Tak puas hati dihimpit, rider p-hailing ugut, rosakkan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Tindakan seorang ‘rider p-hailing’ (penghantar makanan) mengugut seorang pemandu selain merosakkan keretanya gara-gara tidak berpuas hati kerana mendakwa dihimpit memakan diri selepas ditahan polis, hari ini.

Dalam kejadian 6.40 petang Rabu lalu di Jalan Ukay Perdana di sini, mangsa yang berusia 28 tahun dihampiri suspek sambil menunjukkan isyarat tidak senonoh.

Mangsa kemudiannya, tampil membuat laporan polis di Balai Polis Ampang untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berjaya menahan suspek berusia 28 tahun di Taman Keramat, Khamis lalu.

“Penunggang tersebut telah bertindak merosakkan kenderaan mangsa selain berlaku pertengkaran antara mereka ketika berhenti di tepi jalan.

“Mangsa juga mengalami kecederaan selepas tersepit di pintu kereta dipercayai ditolak suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hussein berkata, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah.

“Ujian saringan awal air kencing juga didapati negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI