fbpx

Sofyank mahu terus terbang tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sofyank terus ‘terbang tinggi’ apabila diberi peluang menyunting konten untuk filem baharu Transformers.

BERBEKALKAN bakat menyunting video kesan visual (VFX), anak muda kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu kini melebar sayap dengan ‘ilmu’ kurniaan Ilahi membawanya ‘melihat’ dunia.

Sebelum ini, Sofyank atau nama sebenarnya, Muhammad Sofian Abdullah pernah menjalin kolaborasi dengan nama-nama besar dunia perfileman antarabangsa seperti Paul Rudd, Jonathan Majors dan Ryan Reynolds.

Dia juga diberi kesempatan bertemu dengan idolanya, Zachary Michael King dan menjuarai satu pertandingan di Amerika Syarikat (AS) iaitu Ultimate VFX Challenge, di Los Angeles, California, baru-baru ini.
Terbaharu, Sofyank menjalin kolaborasi dengan pelakon filem Transformers: Rise of the Beasts, Anthony Ramos yang ditemuinya di Singapura.

Beg hilang

Katanya, kedatangan ke Singapura bukan mudah kerana kerana seminggu sebelum acara terbabit, beg yang terkandung ‘kerja-kerjanya’ hilang daripada pandangan.

“Masa saya dalam perjalanan pergi Singapura, saya sangat teruja dengan persediaan nak shoot video dengan Anthony, tapi bila sampai lapangan terbang dan hilang beg, saya jadi lari fokus kejap sebab risaukan barang-barang dalam beg saya.

“Tapi dalam masa yang sama, saya tetap kena fokus balik kepada tujuan utama saya ke Singapura iaitu nak buat kerja (video) dengan Anthony.

“Jadi, saya dengan pasukan saya jalani rehearsal (latihan) balik untuk penggambaran video. Alhamdulillah masa shoot Anthony bagi kerjasama yang sangat baik dan kerja itu berjalan dengan sangat lancar,” katanya kepada HibGlam menerusi satu kenyataan.

SOFYANK bersama Anthony yang berlakon dalam filem terbaharu edaran UIP berjudul Transformers: Rise of the Beasts.

Sumbang sesuatu buat industri

Ditanya tentang perasaannya dapat menyumbang ‘sesuatu’ kepada jenama filem yang menjadi kegemaran ramai iaitu Transformers, jawab Sofyank, semuanya berlaku dengan sangat pantas dan sekarang, satu per satu impiannya menjadi kenyataan.

“Semestinya, peluang bekerja dengan Anthony mempromosi filem Transformers: Rise of the Beasts memang sangat mengujakan.

“Semestinya, saya sangat gembira dan teruja sebab kali terakhir saya menjalin kolaborasi dengan pengedar filem United International Pictures (UIP) adalah shoot video dengan Will Smith dan John Cena untuk filem The Suicide Squad.

“Apabila UIP tawarkan lagi sekali untuk kolaborasi yang ini, saya rasa teruja dan terus sediakan papan cerita (storyline) untuk dihantar kepada pihak UIP.

“Dan bila di Singapura, kami dapat layanan yang tak dapat dilupakan. UIP jaga jadual kami dan pergerakan kami dengar cermat. Terima kasih kepada UIP sebab bagi saya peluang untuk berjalan atas karpet merah filem Transformers: Rise of the Beasts, dan pengalaman tu sangat bermakna,” ujar Sofyank lagi.

Anthony atau nama lengkapnya, Anthony Ramos Martinez melakonkan watak Noah di samping pelakon hebat lain dalam Transformers: Rise of the Beasts seperti Tan Sri Michelle Yeoh, Pete Davidson dan Peter Dinklage.

Sebelum menggulung bicara, Sofyank menghamparkan segunung harapan bahawa dia akan terus melakukan yang terbaik demi kelangsungan kariernya sebagai penyunting kesan khas pada masa akan datang.

“Buat masa sekarang saya nak fokus untuk perbanyakkan lagi content illusion (ilusi konten) seperti apa yang saya paparkan buat khalayak untuk hiburan semua yang mengikuti video saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI