fbpx

Juliana Evans timang cahaya mata kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JULIANA selamat menimang cahaya mata keduanya pagi tadi.

PETALING JAYA – Pelakon jelita Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan cahaya mata kedua iaitu bayi perempuan pada pukul 8:26 pagi tadi.

Selebriti berusia 33 tahun itu menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya memanjatkan kesyukuran atas kurniaan daripada Allah SWT itu.

“Kelahiran adalah permulaan mendalam kepada kerohanian yang dimiliki oleh seseorang wanita.

“Alhamdulillah sekarang saya merupakan ibu kepada dua cahaya mata,” katanya ringkas.

Pada Mac lalu, aktres itu berkongsi kepada umum bakal menimang cahaya mata kedua seperti yang didakwa peminat.

Sebelum ini, Juliana mengakui masih trauma dengan proses kelahiran pertama disebabkan epidural yang diambil tidak berkesan baginya beberapa tahun lalu .

Juliana berkahwin dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan seorang puteri bernama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin yang kini berusia empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI