fbpx

Forensik PDRM teliti CCTV suspek langgar Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di susur keluar Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

AMPANG – Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kemalangan maut penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), di sini, kelmarin telah diserahkan kepada Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diteliti.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya kini menunggu hasil kajian ke atas rakaman CCTV tersebut.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan masih diteruskan.

“Proses bedah siasat telah selesai dijalankan di Hospital Ampang, semalam, dan punca kematian adalah kerana pelbagai kecederaan disebabkan kemalangan jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd. Azam berkata, jenazah mangsa telah diserahkan kepada waris pada hari yang sama sebaik bedah siasat selesai.

“Pihak polis menyeru orang ramai yang mengetahui kejadian dan saksi tampil untuk salurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI