fbpx

Pemandu teksi selamba bawa almari dalam but

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah teksi membawa almari pakaian besar di sebatang jalan raya di Bangkok baru-baru ini. - Facebook

BANGKOK – Beberapa gambar yang memaparkan sebuah teksi membawa almari pakaian besar di dalam but kereta menjadi tular di media sosial Thailand dengan ramai netizen menyatakan kebimbangan mereka terhadap keadaan itu, lapor laman berita Thaiger semalam.

Imej tersebut menunjukkan teksi itu bergerak di sebatang jalan raya di Bangkok.

Pemandangan luar biasa itu mencetuskan pelbagai reaksi dengan ada yang menyatakan kebimbangan tentang potensi bahaya kerana teksi tersebut membawa almari bersaiz besar.

Ada dalam kalangan netizen membuat spekulasi bahawa imej itu telah disunting, namun terdapat pengguna lain mengesahkan mereka menyaksikan sendiri teksi tersebut sedang bergerak.

“Ya, saya nampak teksi itu dekat Monumen Kemenangan. Bagaimana mereka berjaya melakukannya?” kata seorang netizen.

Seorang lagi pengguna menambah bahawa dia melihat teksi itu sampai ke destinasi dengan selamat, namun almari pakaian telah terbalik manakala kaca pecah apabila ia dikeluarkan di sebuah lorong. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI