fbpx

[VIDEO] Rider Ducati tercampak atas SUKE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di susur keluar Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), di sini, hari ini.

AMPANG – Seorang lelaki menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati dipercayai maut selepas tercampak jatuh di susur keluar Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), di sini, petang tadi.

Kemalangan tersebut dipercayai berlaku selepas mangsa berselisih dengan sebuah motor dari arah bertentangan sebelum melanggar penghadang jalan tersebut.

Baru-baru ini, tular video berdurasi 13 saat memaparkan insiden membabitkan seorang penunggang motosikal yang terbabas lalu tercampak jatuh ke bawah sebuah lebuh raya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail mengesahkan kejadian tersebut dan pihaknya sedang melakukan siasatan.

“Kejadian masih dalam siasatan dan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI