fbpx

Topi keledar Gracshaw edisi Jepun dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farizan (dua dari kanan) menunjukkan dua daripada enam rekaan topi keledar ketika pelancarannya di Bangsar hari ini.

KUALA LUMPUR – Double Site Marketing Sdn. Bhd. telah melancarkan topi keledar jenama Gracshaw edisi Jepun.

Menurut wakil bahagian pemasarannya, Farizan Md Akir, topi keledar edisi Jepun itu terdiri daripada enam reka bentuk yang unik seperti, Kurita, Tsuru, Japop, Tengu, Oda dan Karasu.

Katanya, enam reka bentuk topi keledar itu telah membuat debut pertama di Terengganu Bike Week 2023 dan telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada para peminat motosikal.

“Gracshaw Edisi Jepun disediakan sebagai topi keledar muka terbuka dwi visor model Gracshaw Gennex yang popular.

“Harga runcit yang disyorkan ialah RM420 dan setiap topi keledar dibekalkan dengan beg galas eksklusif untuk perlindungan serta mudah dibawa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, topi keledar edisi Jepun itu direka bentuk di Pulau Pinang dan dibuat di Jitra, Kedah untuk menjadikan topi keledar berkenaan produk Malaysia sepenuhnya.

“Ini merupakan rangkaian topi keledar paling unik dan menarik daripada Gracshaw dan kami mengambil masa hampir lapan bulan untuk membangunkannya daripada peringkat konsep hinggalah kepada pengeluaran.

“Kami di Gracshaw memahami kepentingan memakai topi keledar yang baik dan sesuai untuk individu setiap kali keluar bermotosikal. Sesetengah orang mungkin berkata bahawa topi keledar hanyalah sebagai ‘keperluan undang-undang’, namun bagi kami topi keledar adalah lebih daripada itu,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI