fbpx

Roland Garros: Novak Djokovic ‘raja’ Grand Slam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC merangkul kejuaraan Terbuka Perancis menewaskan Ruud untuk mengumpul gelaran Grand Slam ke-23 dalam kariernya. - AFP

PARIS – Bintang tenis Serbia, Novak Djokovic mengesahkan status selaku ‘raja’ Grand Slam apabila menjuarai trofi berprestij itu buat kali ke-23 selepas melakar kemenangan pada aksi final Terbuka Perancis kelmarin.

Pada saingan di Roland Garros itu, Djokovic yang diletakkan selaku pilihan ketiga kejohanan menepati ramalan apabila menewaskan pemain muda dari Norway, Casper Ruud dengan keputusan straight-set 7-6, 6-3, 7-5.

Keputusan tersebut menyaksikan Djokovic tidak lagi berkongsi kedudukan selaku pemain paling banyak menjulang Grand Slam bersama Nadal yang meraih 22 trofi sebelum ini.

Kata Djokovic, semua kejayaan Grand Slam memberikan makna yang besar dalam kariernya dan bukanlah tugas mudah untuk mana-mana pemain menjuarai gelaran berprestij itu.

Malah, pemain berusia 36 tahun itu juga masih enggan mendabik dada melabelkannya sebagai pemain terbaik sepanjang zaman dan mahu pengiktirafan itu diberikan oleh pihak lain.

“Trofi Grand Slam adalah kejohanan paling utama dalam sukan tenis dan kita hanya ada peluang empat kali setahun. Sudah pasti saya bernasib baik kerana dapat meraih kemenangan buat kali ke-23 yang sememangnya menjadi idaman sebelum ini.

“Saya tidak tahu sama ada saya layak untuk dilabel sebagai pemain terbaik sepanjang zaman kerana lebih baik biar perkara tersebut ditentukan oleh pihak luar.

“Apa yang pasti, saya akan terus berikan yang terbaik dan buat masa ini, saya sangat gembira apabila dapat melebarkan rekod lebih jauh berbanding Nadal dan Roger Federer,” katanya.

Djokovic sering dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman setanding Nadal yang menang 22 Grand Slam dan Federer (20 trofi).

Kemenangan itu juga menyaksikan Djokovic bakal merampas kembali kedudukan pemain No. 1 dunia yang sebelum ini menjadi milik bintang muda Sepanyol, Carlos Alcaraz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI