fbpx

MDC Pusrawi, Neowellness bantu pesakit buah pinggang, jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aslan (tiga dari kanan) bersama Ab. Aziz (dua dari kiri) menunjukkan dokumen MoU di MDC Pusrawi, Kota Damansara baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kerjasama antara MDC Pusrawi dengan ­Neowellness, sebuah pusat rawatan berkaitan bekam dan juga masalah buah pinggang yang beribu pejabat di Kelantan, bakal meluaskan cabang perniagaan sedia ada dan menambah lebih banyak pelanggan kedua-dua pihak.

Ketua Pegawai Eksekutif MDC Asia Link Berhad (MDC Asia Link), Dr. Aslan Bacho berkata, kerjasama tersebut akan membantu pelanggan Neo­wellness yang mana sebahagian besarnya datang dari kawasan Lembah Klang boleh mendapatkan rawatan di MDC Pusrawi yang terletak di Kota Damansara dekat sini.

MDC Asia Link adalah pemilik MDC Pusrawi.

Menurut beliau, kerjasama ini mengkhusus kepada usaha untuk membantu menyelesaikan masalah kesihatan berkaitan buah pinggang melalui inisiatif Neowellness yang diasaskan oleh Prof Dr. Ab Aziz Al-Safi yang begitu terkenal dalam kalangan pesakit buah pinggang di seluruh negara.

Dr Aslan

“Pesakit buah pinggang semakin bertambah setiap tahun dan setelah didiagnos penyakit tersebut, hidup mereka hanya bergantung kepada mesin pencuci darah atau melakukan pemindahan buah pinggang.

“Kos untuk rawatan tersebut adalah sangat mahal.

“Di sini kami tawarkan rawatan alternatif yang menggunapakai mesin ECP yang mana mesin tersebut juga dapat membantu dalam merawat masalah jantung.

“Terdapat juga Infrared Sauna dan rawatan tambahan lain iaitu Tetra-K yang boleh merawat hingga ke sum-sum tulang dan kapilari darah untuk membantu memperbaiki aliran darah.

“Selain itu, teknik fisioterapi juga akan diberikan untuk membantu pesakit bergerak serta melakukan aktiviti melibatkan kardiovaskular, “ katanya.

Ab Aziz

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pemeteraian MoU antara MDC dengan Neowellness di ibu pejabat syarikat baru-baru ini.

Mewakili Neowellness adalah Ab. Aziz yang juga Pengerusi serta Pengarah Perubahan NEO Medicare Group.

Selain itu, Ab Aziz berkata, melalui kombinasi terapi moden dan komplementari yang ditawarkan di cawangan baharu ini, ia akan dapat membantu ramai pesakit untuk kembali sembuh.

Ia juga dijangka dapat membantu mengurangkan beban pesakit buah pinggang dengan kos rawatan yang tinggi kerana berbanding pakej yang ditawarkan di Kelantan adalah antara RM12,000 hingga RM15,000 di bawah pakej penginapan dan rawatan di sana. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI