fbpx

Bukan ‘filp-flop’, hanya untuk rakyat – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

KUALA LUMPUR – Keputusan meneruskan pemberian subsidi ayam, telur serta biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diumumkan baru-baru ini bukan ‘flip-flop’, sebaliknya, ia merupakan dasar baharu di bawah Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak kisah mengambil keputusan ‘flip-flop’ sekiranya tindakan itu demi untuk meringankan beban rakyat.

“Kalau pun ‘flip-flop’ untuk bantu rakyat, saya akan ‘flip-flop’. Kalau tak mahu ‘flip-flop’, keputusan Kabinet dulu, masa Perikatan Nasional (PN) apa dia? Naik elektrik untuk semua, saya tukar.

“Maknanya, Perdana Menteri Tambun tukar (keputusan kerajaan sebelum ini). ‘Flip-flop’ tak bebankan rakyat dan tak nak naikkan tarif elektrik,” katanya semasa sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjung Karang) yang ingin tahu mengenai dasar ‘flip-flop’, antaranya isu pemberian subsidi ayam dan telur serta biasiswa JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Tambah Anwar, keputusan tiada lagi subsidi ayam dan telur daripada kerajaan bermula 1 Julai adalah keputusan lama dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan hanya mengumumkan mengikut proses.

Bagaimanapun, kata beliau, selepas diteliti dan tindakan itu akan membebankan rakyat, Kerajaan Perpaduan mengambil keputusan untuk menyambung subsidi tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI