fbpx

Bursa Malaysia kembang kriteria Sekuriti Diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) telah mengembangkan kriterianya untuk Sekuriti Diluluskan dengan mengurangkan keperluan permodalan pasaran harian daripada RM500 juta kepada RM200 juta, berkuat kuasa hari ini.

Semakan itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Bursa Malaysia untuk memupuk pasaran yang dinamik dan bertenaga, dengan menawarkan peserta pilihan Sekuriti Diluluskan yang lebih luas bagi memenuhi keperluan pelabur yang semakin berkembang.

Sekuriti Diluluskan ialah sekuriti yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Bursa dan boleh digunakan untuk tujuan meminjam dan memberi pinjam sekuriti, serta jualan singkat (short selling).

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift berkata, dengan meluaskan akses dan pilihan untuk pelabur, pihaknya mengukuhkan komitmen untuk meningkatkan kecekapan pasaran.

“Sebagai pasaran yang matang, adalah penting untuk kami menawarkan pasaran kemudahan yang teguh untuk memenuhi keperluan pelabur yang berbeza, sambil kekal fokus untuk memastikan pasaran yang cergas, adil dan teratur,” katanya dalam satu kenyataan.

Senarai Sekuriti Diluluskan boleh didapati di laman web Bursa Malaysia dan ia disemak kira-kira setiap enam bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI