fbpx

[VIDEO] Struktur Jambatan Bagan Datuk-Sejagop ‘merekah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
'Rekahan' di permukaan jalan di Jambatan Bagan Datuk-Sejagop hari ini.

BAGAN DATUK – Jambatan Bagan Datuk-Sejagop yang baharu dibuka kepada umum minggu lalu didakwa mengalami kerosakan menerusi satu video tular di Facebook semalam.

Perakam video tersebut didapati berkata, rekahan di struktur jambatan berkenaan menyebabkan Sungai Perak yang berada di bawahnya dapat dilihat oleh mereka.

“Kome yang pergi Manjung hari-hari, habis ‘crack’ (retak),” katanya dalam rakaman tersebut.

Jambatan yang dibuka kepada umum kepada umum pada 31 Mei lalu dikunjungi Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sehari selepas ia boleh diakses orang ramai.

Ia menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu lalu apabila ia digunakan oleh ribuan kenderaan yangn menuju ke pekan Bagan Datuk sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, sumber kontraktor berkata, rekahan yang didakwa perakam berkenaan merupakan bukaan bagi membolehkan konkrit di struktur jambatan tersebut mengembang dan menguncup.

Katanya, apa yang ditunjukkan oleh perakam video tersebut bukanlah rekahan kerana sifatnya tidak selari dengan ciri-ciri rekah.

“Ada getah yang belum siap dipasang di kawasan bukaan itu. Jambatan Bagan Datuk-Sejagop telah dibina berpandukan piawaian ISO,” katanya.

Sementara itu, tinjauan pemberita di lokasi menunjukkan pekerja kontraktor sedang melakukan kerja-kerja berkaitan di struktur jambatan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI