fbpx

Pelajar cemerlang SPM baru kematian bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Farah Melissa menziarah pusara bapanya sebaik menerima keputusan SPM di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam Lama, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang calon cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terkilan tidak dapat berkongsi kegembiraan dengan bapanya yang meninggal dunia kira-kira 17 jam sebelum keputusan peperiksaan itu diumumkan hari ini.

Nur Farah Melissa Mohd. Shukri, 18, berkata, bapanya, Mohd. Shukri Ismail, 57, menghembuskan nafas terakhir ekoran komplikasi buah pinggang di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 7 malam tadi.

Pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Khairiah itu berkata, dia yang memperoleh 8A dan 2C hanya ditemani adik lelakinya, Muhammad Asyraf Daniel, 17, sewaktu mengambil slip peperiksaan tersebut.

“Arwah ayah yang menghidap diabetes kronik telah dimasukkan ke wad HSNZ sejak Isnin lalu.

“Saya berada di sisi ayah sewaktu arwah menghembuskan nafas terakhir malam tadi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Nur Farah Melissa berkata, sebelum ini, bapanya berjanji mahu menemaninya mengambil slip keputusan SPM namun hajat itu tidak kesampaian.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, bapanya yang merupakan guru Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) di sini banyak memberi dorongan untuknya mencapai kecemerlangan dalam akademik.

“Saya berniat mendedikasikan keputusan SPM ini kepada arwah ayah dan ibu, Wan Zubaidah Wan Ahmad, 44.

“Berbekalkan keputusan SPM ini, saya berjanji akan menunaikan amanah arwah ayah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan hingga ke luar negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI