fbpx

Maguire ‘umpan’ Spurs pujuk Kane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGUIRE mempunyai hubungan yang baik dengan Kane menyebabkan Spurs mahu menjadikannya umpan untuk mengekalkan penyerang mereka itu. – AFP

LONDON – Tottenham Hotspur dilaporkan menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire pada jendela perpindahan kali ini.

Bagaimanapun, laporan berkenaan menafikan bahawa minat mereka kepada Magui­re adalah sebahagian daripada usaha United mendapatkan Harry Kane dan belum ada rundingan mengenai pertukaran melibatkan kedua-dua pemain berkenaan.

Kehadiran Maguire dipercayai menjadi salah satu usaha untuk memujuk penggempur sensasi untuk terus kekal bersama kelab itu ketika dia dikaitkan dengan perpindahan ke banyak kelab musim depan.

Maguire dan Kane mempunyai hubungan yang akrab ketika bersama skuad kebangsaan England menyebabkan Spurs percaya kehadiran kapten Uni­ted itu mampu menggembirakan penyerang tersebut.

Spurs yang sudah sah me­lantik Ange Postecoglou sebagai pengurus baharu bermula 1 Julai nanti ketika ini sedang berusaha untuk mendapatkan khidmat pengarah sukan baharu untuk mereka mendapatkan lebih ramai pemain baharu nanti.

Minat Spurs terhadap Maguire berputik ketika era Mauricio Pochettino dan ketika pemain berkenaan beraksi bersama Hull City dan kemudian berpindah ke Leicester City sebelum menyertai United.

Spurs memerlukan pemain pertahanan baharu selepas mereka membuat keputusan untuk melepaskan beberapa pemain seperti Ben Davies, Eric Dier serta Davinson Sanchez selain mahu menghantar pulang pemain pinjaman, Clement Leng­let ke Barcelona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI