fbpx

DUN Negeri Sembilan bubar 30 Jun – Aminuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Jun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau akan mempersembahkan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam masa terdekat.

Malah menurutnya, beliau menjangkakan PRN akan dilaksanakan pada bulan Ogos ini dan secara umumnya, DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendirinya pada 2 Julai tahun nanti.

“Saya dah bagi tahu awal bahawa kita akan bubar (DUN) pada 30 Jun ini, bermakna 1 Julai itu tiada lagi (kerajaan negeri ini). Saya akan maklumkan perkara ini kepada Tuanku, malah sebelum ini pun saya sudah bagi tahu dan biasa bincangkan dengan Tuanku (mengenai pembubaran DUN),” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Negeri Sembilan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN termasuk Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan berkata, PH Negeri Sembilan kini menyerahkan kepada pihak Majlis Presiden PH bagi memuktamadkan rundingan dan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama BN bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

Menurutnya, perkara itu termasuklah bagi membuat keputusan berhubung dua kerusi tambahan yang diminta oleh pihak UMNO Negeri Sembilan dalam rundingan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI