fbpx

Bekalan gula dipertingkatkan pada musim perayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin ( depan kanan) ketika lawatan ke kilang CSR di Selangor hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Bekalan gula akan dipertingkatkan dalam menampung penggunaannya khususnya di negeri-negeri tertentu pada musim perayaan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, beliau tidak mahu isu gangguan bekalan gula di empat negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah pada awal Ramadan hingga Hari Raya Aidilfitri berulang menjelang musim perayaan tidak lama lagi.

“Cadangan meningkatkan bekalan gula itu bersesuaian memandang ada negeri yang menghadapi kekurangan bahan pemanis itu semasa musim perayaan sebelum ini ekoran ramai warga kota yang pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing.

“Mungkin bekalan gula boleh ditingkatkan hingga 10,000 tan metrik untuk pengguna di Johor, contohnya oleh pihak industri menjelang bulan perayaan tersebut,”katanya ketika lawatan ke kilang gula Central Sugars Refinery (CSR) Sdn.Bhd. di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada terdapat sebarang cadangan supaya kerajaan meningkatkan bekalan gula pada musim perayaan termasuk Hari Raya AidilAdha ini.

Sehubungan itu, beliau berharap syarikat CSR dan MSM Malaysia Holdings Berhad dapat membantu bagi melaksanakan peningkatan bekalan gula itu.

Malah kata, pihaknya akan melihat ujuran dan statistik bekalan semasa agar gula yang dibekalkan nanti mampu memenuhi keperluan pasaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI