fbpx

Patin buah RM130 mudah dipancing ketika ‘kemarau’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAHALAN menunjukkan pelbagai jenis ikan sungai termasuk patin buah yang berjaya ditangkap di Sungai Tembeling, Jerantut kelmarin.

JERANTUT – Musim panas yang melanda negara ketika ini membawa rezeki buat kaki pancing apabila berjaya memperoleh ­lebih banyak tangkapan ikan sungai sehingga 16 kilogram di Sungai Tembeling, di sini.

Difahamkan, keadaan cuaca dan air su­ngai yang sedikit cetek menyebabkan ikan lebih mudah makan umpan.

Seorang pemancing Ahmad Nazree Shahbuddin, 48, berkata, dia dapat menangkap lima ekor ikan patin buah, 10 ekor ikan lawang dan beberapa ekor ikan lampam serta ikan jengkua ketika memancing di Sungai Tembeling.

“Saya dan rakan pada mulanya hanya mencuba nasib meman­cing di Sungai Tembeling apabila mendapat maklumat menerusi Facebook, tetapi tidak sangka rezeki kali ini amat baik,” katanya semalam.

Menurutnya, mereka yang bermalam di Kampung Pagi, di sini mula turun pada sebelah pagi ke beberapa lubuk terma­suklah Lubuk Palembang di sini.

Jelasnya, umpan yang digunakannya adalah buah sawit, roti dan umpan tiruan.

“Keadaan panas terik menje­lang tengah hari tidak melemahkan semangat kami untuk terus memancing biarpun sudah memperoleh banyak ikan pada sebe­lah pagi,” ujarnya.

Sementara itu, rakannya, Dahalan Abdul Hamid, 43, berkata, hasil tangkapan yang dipero­leh mereka hampir mencecah RM1,000 berdasarkan nilai pasaran semasa.

Bagaimanapun katanya, hasil tangkapan itu tidak akan dijual, sebaliknya dibawa pulang untuk dimasak bagi sajian keluarga.

“Harga ikan liar ini mahal ketika ini iaitu ikan patin buah berharga RM130 sekilogram, ikan jengkua (RM60 sekilogram), manakala ikan lawang dan ikan lampam melebihi RM50 sekilogram,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI