fbpx
Hasnah menunjukkan gulai tempoyak ikan kenerak di kedai makan miliknya di Kampung Ganding, Mukim Cheka di Lipis kelmarin.

Kuasa sebenar ‘Kenerak Lipis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Walaupun hanya beroperasi di Kampung Ganding, Mukim Cheka yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Lipis, namun kedai makan milik Hasnah Budin, 66, tetap menjadi tumpuan pencinta masakan tradisional terutama gulai tempo­yak ikan sungai.

Hasnah yang sudah 30 tahun berniaga berkata, menu utama di kedainya ialah ikan kenerak masak tempoyak yang kini semakin mendapat permintaan tinggi biarpun bekalannya semakin berkurangan.

“Kalau dulu kenerak ini se­nang dapat, tetapi sejak akhir-akhir ini memang susah betul dicari. Bukan sahaja kenerak, malah ikan patin buah yang menjadi kegemaran pelanggan juga semakin sukar diperoleh.

“Sebelum ini nelayan darat mudah dapat patin buah, tetapi sekarang dua atau tiga bulan sekali baru ada mereka dapat dan hantar ke kedai.

“Bila ada stok, saya akan simpan dulu. Bila pelanggan hubungi saya untuk datang dan berminat dengan harga yang ditetapkan, baru dimasak,” katanya ketika ditemui di kedainya di Kampung Ganding, Mukim Cheka di sini kelmarin.

Hasnah menjelaskan, hida­ngan ikan sungai bergantung kepada saiz dan berat selain mengambil kira bahagian ikan seperti kepala, badan dan ekor.

“Harga bagi patin buah boleh mencecah RM500 untuk berat dua kilogram, manakala ikan sungai lain seperti kenerak, baung, kerai dan gohok antara RM25 hingga RM60 untuk satu bahagian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN