fbpx
MOHD. SHUKRI menunjukkan ikan kenerak yang berjaya diperoleh hasil menjaring di kawasan Lubuk Batu Udang, Kuala Parah, Lipis semalam.

Rezeki lumayan ikan ‘komando’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Seorang nelayan sungai di Kampung Mela di sini, memperoleh hasil lumayan apabila berjaya menangkap tiga ekor ikan kenerak atau lebih dikenali sebagai ‘ikan komando’ sebe­rat hampir 10 kilogram di Su­ngai Cheka, dekat sini kelmarin.

Mohd. Shukri Yusof, 48, berkata, tangkapan spesies ikan sungai bernilai tinggi itu mampu dijual pada harga antara RM35 hingga RM40 sekilogram mengikut harga pasaran semasa.

Katanya, dia berjaya menangkap ikan berkenaan menggunakan jaring yang dipasang di kawasan Lubuk Batu Udang, Kuala Parah di sini ketika paras air Sungai Cheka mula me­ninggi.

“Saya menggunakan kaedah memasang jaring pada waktu petang sebelum diperiksa semula keesokan pagi. Ini sememangnya menjadi rutin biasa bagi nelayan darat seperti saya terutama ketika musim ikan kenerak yang lazimnya antara April hingga Ogos setiap tahun.

“Apabila periksa jaring pagi itu, memang terkejut sebab ada tiga ekor ikan kenerak tersangkut dengan saiz agak besar iaitu masing-masing seberat 4.5 kilogram, 4 kilogram dan 1.3 kilogram,” katanya di Kampung Mela di sini semalam.

Menurutnya, perubahan paras air sungai menjadi antara faktor utama kehadiran ikan berkenaan ke kawasan tertentu, sekali gus memudahkan nelayan sungai dan kaki pancing memperoleh spesies itu.

Katanya, ikan kenerak atau nama saintifiknya bagarius terkenal sebagai spesies bersifat galak dan agresif kerana lazimnya menyambar umpan hidup seperti cengkerik yang sering digunakan pemancing.

“Ikan ini menjadi buruan penggemar ikan sungai kerana mempunyai isi pejal, sedikit manis dan sangat enak jika dimasak gulai tempoyak atau gulai asam rong yang menggunakan buah perah atau biji getah mengikut resipi tradisional masyarakat setempat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN