fbpx

Lelaki 56 tahun 27 kali duduki peperiksaan kemasukan universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Liang Shi mengambil peperiksaan kemasukan kolej ke China buat kali ke-27. - SCMP

BEIJING, China  – Seorang lelaki berusia 56 tahun sanggup mengambil peperiksaan kemasukan ke universiti  untuk kali ke-27, lapor portal berita The Nation of Thailand hari ini yang memetik akhbar Bandao Metropolis Daily.

Liang Shi berbuat demikian kerana ia satu-satunya cara untuk merealisasikan impiannya untuk bergelar graduan. Anak kelahiran Sichuan itu akan menduduki peperiksaan tersebut esok.

Pada tahun 1983, Shi mengambil peperiksaan kolejnya yang pertama tetapi gagal dan dia mencuba lagi  dua tahun kemudian tetapi masih tidak berjaya.

Pada tahun 1986, ibu bapanya memujuk Shi untuk belajar di sekolah teknik tetapi dia berhenti selepas hanya satu tahun. 

Pada tahun 1991, Shi bekerja di sebuah kilang kayu dan berkahwin tetapi dia  tidak berputus asa untuk mengambil peperiksaan tersebut

Dia berjaya mendapat tempat ke Universiti Perhutanan Nanjing tetapi ia bukan pilihannya,  menyebabkan lelaki itu tidak melanjutkan pelajaran.

Shi pernah diberhentikan kerja. Untuk membesarkan keluarganya, dia bekerja sebagai jurujual dengan menjual pakaian, peti sejuk, televisyen dan perkakasan lain sebelum membuka kilang bahan binaan dan memperoleh satu juta yuan (RM646,824) dalam masa kurang  setahun.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI