fbpx

Kangana Ranaut cop Hrithik Roshan anak manja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANGANA (kiri) melabel Hrithik sebagai anak manja kerana kerap mengaitkan ahli keluarga sekiranya wujud sebarang isu.

Aktes sensasi Kangana Ranaut sinonim dengan mulut lantangnya. Baru-baru ini, dia menegur pelakon senior Hrithik Roshan yang didakwa menonjolkan imej bapa untuk kepentingan peribadi.

Kangana menyifatkan bintang filem Krrish itu sengaja menggunakan ahli keluarga untuk mempertahankan diri apabila bersengketa dengan orang lain.

Pelakon berusia 36 tahun itu sebelum ini dikatakan sudah lama bertelagah dengan Hrithik sehingga hubungan mereka terus tegang sampai ke hari ini.

Difahamkan, mereka pernah keluar bersama tetapi Kangana enggan meneruskan hubungan atas alasan tertentu.

Sumber mendakwa aktor berusia 43 tahun itu seakan-terus mengganggu Kanggana, sekali gus membuatkan wanita terbabit rimas dan berang.

Susulan itu andai tercetus isu panas dalam arena hiburan Bollywood, masing-masing dikatakan menyindir satu sama lain walaupun kontroversi tersebut tidak membabitkan nama mereka.

Tidak hairan sampai sekarang Kangana seakan-akan kerap melakukan cubaan memalukan Hrithik dengan melabelnya sebagai anak manja bapa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI