fbpx

Fisol kini Ketua Polis Kedah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Hassan (kiri) menyerahkan dokumen serah terima tugas kepada Fisol disaksikan Azri (tengah) pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kedah di IPK Kedah, hari ini.

ALOR SETAR – Datuk Fisol Salleh dilantik sebagai Ketua Polis Kedah baharu menggantikan Datuk Wan Hassan Wan Ahmad yang berpindah ke Bukit Aman.

Fisol, 56, yang memegang jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang memulakan tugas baharunya setelah Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Majlis tersebut berlangsung di hadapan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Seri Azri Ahmad dengan kehadiran Wan Hassan yang memegang jawatan Komisioner Polis Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman sejak 22 Mei lepas.

Azri ketika berucap pada majlis tersebut berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyakini Fisol yang merupakan anak kelahiran Jitra, Kubang Pasu itu dapat memimpin polis Kedah dengan cemerlang.

“Saya yakin beliau menjadi sandaran kukuh dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keamanan negeri Kedah iaitu negeri kelahirannya akan lebih terjamin.

“Kenaikan pangkat serta pelantikan ini dibuat secara bijaksana setelah mempertimbangkan kredibiliti dan daya kepimpinan yang dimiliki Datuk Fisol untuk menggendong tanggungjawab serta meneruskan legasi kepimpinan tertinggi kontinjen Kedah sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI