fbpx

Bau wangi waktu malam cetus tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Bau wangi yang kuat di beberapa kawasan kebelakangan ini terutama ketika waktu malam menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Perkara tersebut dibincangkan oleh pengguna media sosial di Facebook di mana ada yang mendakwa terhidu bau seperti bunga yang kuat ketika berada di luar rumah.

“Wangi betul sepanjang jalan dari Jalan Dewan Bahasa di Kuala Lumpur sampai jambatan di Petaling Jaya. Bau bunga kemboja kuat,” kata pengguna Nurul Amira.

Tinjauan di ruang komen mendapati terdapat beberapa individu yang mengalami perkara sama dan menganggap ia sesuatu yang misteri.

“Kat Ampang pun ada bau bunga. Lepas maghrib je bau, pukul 12 ke atas baru nak masuk tidur bau lagi. Ingat kami saja yang bau bunga ini,” kata Fara.

“Saya duduk kat Terengganu ini pun ada terbau wangi sangat. Tak dapat nak cakap kat orang wanginya itu tapi bau dia sekejap saja,” kongsi Siti.

Bagaimanapun, menurut perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Fify berkata, bau wangi tersebut bukanlah satu kejadian mistik, tetapi merupakan fenomena biasa yang berlaku ketika ini iaitu bulan penuh.

“Waktu begini, banyak bunga yang sedang berada dalam fasa ‘peak blooming’. Terutama sekali pada waktu malam.

“Waktu beginilah bunga-bunga ini akan keluarkan haruman yang sangat kuat sampaikan sesetengah kita cakap ada roh balik rumah dan sebagainya.

“Ketika fenomena ini, bunga-bunga akan kembang sekembang-kembangnya untuk sebarkan debunga sejauh-jauhnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI