fbpx

Van, kereta kena ‘spray’ di tempat parkir rumah flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Van dan kereta yang diconteng individu tidak bertanggungjawab di sebuah perumahan flat.

PETALING JAYA – Beberapa kenderaan dikesan diconteng menggunakan penyembur (spray) warna merah oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam kejadian di sebuah perumahan flat.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, antara kenderaan menjadi mangsa contengan ialah van, kereta jenis Perodua Myvi dan jenis Toyota Vios diletakkan di tempat letak kereta flat tersebut.

Bagaimanapun, tidak diketahui lokasi flat itu selain waktu kejadian dilaporkan.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan pengguna media sosial, malah ada yang berkongsi pengalaman berdepan pelbagai masalah sewaktu tinggal di rumah pangsapuri atau flat.

“Budak jumpa ‘spray’ buat main, flat lama aku begitulah. Habis motosikal orang parking kena ‘spray’. Dah tahu anak siapa pun bukan boleh buat apa. Marah-marah gitu sajalah, mak ayah tak boleh buat apa sebab dah jadi. Nak suruh ganti rugi pun kasihan, orang tak berapa nak berduit,” komen seorang pemilik akaun Twitter.

“Ni aku benci tambah-tambah flat atau perumahan jenis tak cukup parking. Jenis ‘cop’ letak motosikal, kon bagai. Kalau tegur, melenting macam itu tanah moyang dia punya,” marah seorang lagi pengguna.

“Teringat kes di kondo aku, entah siapa letak sampah depan rumah. Aku ambil gambar masuk dalam ‘group’, lepas itu tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Bila buka, tengok budak tengah nangis. Aku peliklah, ayah dia dari jauh jerit, ‘marah budak ni bang, dia yang buang sampah tu, marah dia’,” cerita pengguna Twitter yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI