fbpx

Operasi mencari kanak-kanak dikhuatiri lemas ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba terpaksa menangguhkan pencarian pada pukul 6.30 petang tadi. Foto oleh JBPM

TANJUNG MALIM – Operasi pencarian kanak-kanak berusia lapan tahun yang dikhuatiri lemas di Lubuk Gelap, Simpang Empat di sini ditangguhkan pada pukul 6.30 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi pencarian itu ditangguhkan selepas pasukan penyelamat tidak menemui sebarang petanda penemuan kanak-kanak terbabit.

“Kawasan pencarian diluaskan sepanjang lima kilometer (km) dan kaedah ‘river downtream searching’, ‘tensionel diagener’ dan ‘stream searching’ serta selaman dilakukan oleh pasukan mencari dan menyelemat.

“Pencarian turut dilakukan unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) termasuk bantuan dari unit K9, yang mana mereka mencari di lubuk-lubuk sepanjang sungai ke jambatan besi. Didapati tiada tanda-tanda penemuan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Kanak-kanak tersebut, Edward Grang Anak Jenggut dari Sarawak dipercayai mengunjungi lokasi berkenaan bersama keluarganya dilaporkan hilang pada Sabtu lalu pada pukul 5.06 petang.

Pencarian kanak-kanak itu bagaimanapun terpaksa ditangguhkan pada Sabtu dan semalam akibat keadaan sungai tersebut yang tidak mengizinkan usaha berkenaan diteruskan seperti arus yang deras. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI