fbpx

Suri rumah rugi RM110,556 ditipu skim tawaran kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang suri rumah berputih mata apabila wang simpanan dan pinjaman daripada rakan-rakannya berjumlah RM110,556 lesap selepas dia diperdaya skim tawaran kerja sambilan yang tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 30 Mei lalu selepas mangsa yang berumur 36 tahun menyertai satu aplikasi dalam aplikasi Telegram menghendaki mangsa membuat ‘like’ dan melakukan perkongsian ‘video Youtube’.

“Mangsa ditawarkan 15 peratus hingga 20 peratus keuntungan daripada lapan tugasan yang diberikan oleh suspek.

“Kemudian mangsa telah membuat 21 kali pindahan wang ke lima akaun bank yang berlainan untuk menjelaskan bayaran dikehendaki suspek,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa telah menggunakan wang simpanan sendiri dan pinjaman daripada rakannya untuk kesemua transaksi yang dibuat.

Dalam pada beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan.

“Pihak polis kontinjen Pahang menasihatkan masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan dahulu bagi setiap tawaran kerja yang ditawarkan bagi mengelak manjadi mangsa penipuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI