fbpx

Penduduk desak menara telekomunikasi dipindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK di Jalan Lengkongan, Kulai membantah pembinaan sebuah menara telekomunikasi setinggi 30 meter yang berjarak hanya 50 meter dari kediaman.

KULAI – Penduduk di Jalan Lengkongan, di sini mendesak agar pembinaan sebuah menara telekomunikasi setinggi 30 meter yang dibangunkan di kawasan tersebut sejak Mac lalu, dipindahkan ke lokasi lain.

Salah seorang penduduk, Chai Yong, 60, mendakwa, pembinaan menara itu di lokasi berkenaan sebelum ini tidak dimaklumkan dan tidak mendapat persetujuan daripada warga setempat.

“Ada kediaman penduduk yang berjarak hanya kira-kira 50 meter dari menara berkenaan, jadi pastinya kami bimbang akan ada kesan negatif untuk jangka masa panjang.

“Apatah lagi majoriti penduduk di sini mempunyai ahli keluarga yang terdiri daripada warga emas dan juga kanak-kanak kecil, yang dibimbangi menerima kesan radiasi daripada menara berkenaan,” katanya di sini semalam.

Tambah pesara itu lagi, menara telekomunikasi itu mula dibangunkan pada 10 Mac sebelum selesai dibina dalam tempoh singkat iaitu beberapa hari sahaja.

Seorang lagi penduduk, Hon Chiu Fook, 60, pula memberitahu, dia terkejut apabila mendapat tahu projek yang dijalankan di kawasan itu adalah untuk pembinaan sebuah menara tele­komunikasi.

“Difahamkan, menara ini ma­sih belum beroperasi buat waktu ini, jadi kami sangat berharap pihak berkuasa dapat mende­ngar rayuan kami dan memin­dahkannya ke lokasi lain.

“Kami semua bimbang akan ada kesan kepada kesihatan kami, kerana kami memang me­rupakan pendu­duk di kawasan ini dan akan terus tinggal di sini untuk tempoh lama,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Se­nai, Wong Bor Yang berkata, beliau sedia maklum dengan gesaan penduduk berkenaan dan akan membawa isu tersebut kepada makluman Majlis Perbandaran Kulai (MPKu). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI