fbpx

Scammer direman, cuba rasuah polis RM60,000 elak diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK disyaki cuba menyogok polis sebanyak RM60,000. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Seorang scammer direman enam hari bermula hari ini selepas dipercayai cuba menyogok pegawai kanan polis sebanyak RM60,000 bagi mengelak dirinya ditahan.

Perintah reman sehingga 7 Jun itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Sharda Shienha Mohd. Suleiman terhadap suspek yang berusia 25 tahun.

Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.30 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

SPRM negeri dalam satu kenyataan akhbar hari ini berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 10.40 malam tadi ketika memberi keterangan di pejabat SPRM.

Suspek disyaki cuba memberikan suapan kepada seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) sebanyak RM60,000 untuk melepaskannya selepas dicekup terlibat dalam aktiviti scammer.

Sementara Pengarah SPRM Melaka, Mohd. Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI