fbpx

Perlis cungkil cabang budaya, warisan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Shukri (kanan) menerima cenderamata daripada Md. Anizam semasa perasmian penutup Festival Silang Budaya Kelantan-Perlis, di sini hari ini.

KANGAR – Kerajaan negeri Perlis akan mencungkil semula setiap cabang kesenian dan kebudayaan Perlis seterusnya berusaha mempromosikannya di seluruh negara.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, kerajaan negeri juga melalui Jabatan Kesenian dan Kebudayaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan cuba mengenengahkan produk kesenian dan warisan negeri kepada pelancong-pelancong luar.

“Perlis juga mempunyai beberapa produk kebudayaan berpotensi untuk diketengahkan, antaranya ialah Awang Batil, tarian canggung, zapin, hadrah, silat pulut, silat bunga dan pelbagai lagi yang menarik.

“Selain itu, beberapa makanan yang mempunyai identiti negeri ini juga akan diketengahkan agar orang luar dapat kenal negeri ini dengan lebih baik,” katanya ketika sidang akhbar di sini, selepas melancarkan perasmian penutup program Silang Budaya Kelantan-Perlis di Dataran Dato Sheikh Ahmad.

Tambah Mohd. Shukri, kerajaan negeri juga banyak belajar dengan kerajaan Kelantan tentang bagaimana untuk menyusun produk kebudayaan negeri bagi diketengahkan dalam bidang pelancongan.

“Kerajaan negeri juga akan menjalinkan hubungan erat bersama kerajaan Kelantan memandangkan negeri itu berjaya mempromosikan produk kebudayaan dan warisan mereka dengan begitu baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI